Friday, November 2, 2012

cermin mata VS contact lens ?



assalammualaikum dan Hi!


memang dah jadi trend sekarang nie budak budak remaja suka pakai cermin mata ataupun dengan nama famous nya dipanggil spekk mata. ahh sanggup pulak dorang pakai cermin mata yang besar gebadak , hinggakan tenggelam muka dorang tu .. comel kah? cantik kah? wahaha. suka hati korang lah. janji korang selesa . apa apa pun , fesyen is fesyen lah kan ? .





tapi  aku rasa rimas bila terpaksa  hidup bergantung dengan cermin mata nie. selalu kena pakai cermin mata bila nak melihat dan memandang sesuatu benda. kalau tak , memang tak boleh cam lah orang yang ada kat depan aku nie. haha. pernah satu hari tu kawan aku tuduh aku sombong. bukan sorang , tapi ramai jugak lah. eh nak tanya nie, korang tengok muka aku ni muka sombong kah?

bila aku selidik , rupa rupa nya mereka pernah senyum kat aku masa terserempak dengan aku kat shopping mall . dan kebetulan time tu jugak aku tak pakai cermin mata . aish. mintak maaf lah kawan semua atas kecacatan mata aku nie. Bila pandang orang masa tak pakai cermin mata , nampak macam mata , hidung dan mulut dorang bergerak gerak ke atas dan bawah pulak. pernah korang rasa macam aku rasa tak? hehe


contact lens?

ramai yang suggest aku pakai kanta lengkap. katanya lebih mudah bak bergerak . lebih senang nak melakukan aktiviti tanpa bergantung pada cermin mata . tapi bagi aku , kanta lengkap nie rumit penggunaannya dan rumit cara pejagaannya. dan yang pasti mesti akan beri kesan kat mata bila langgar sterility seperti tak cuci tangan sebelum dan selepas memakai kanta lengkap. pernah selaki kawan aku cerita kanta lengkap yang ada dalam mata pecah sebabkan dia terlelap. boleh korang bayangkan ?



why so serious?

aku lagi rela merayau dalam rumah mencari cermin mata bila hilang , bulatkan mata bila tak nampak dari pakai kanta lengkap . biarlah susah payah. janji kesihatan mata aku terjaga. korang macam mana pulak?

9 comments:

♥ Nana BamBam ♥ said...

yup, kalau tak jaga contect lens akan ada effect pada mata.. jadi kes gambar kat atas tu laa..

Hnahdy said...

mmg kalau nak buat xtvt mudah pakai lens. Tapi hana selesa pakai spek mata. sebab xpedih dan bleh pakai setiap masa. lens kan 8 jam ja.huhu

boni kacak said...

saya dulu pernah pakai konteks lense ni..tapi tak kekal..sebab saya tak rajin nak pakai dan tak rajin nak keluarkan.. akibatnya, saya pernah tertidur..jaga2 sebelah hilang. cari tak jumpa.tak tau samada masih dalam mata ni atau dah keluar da

Mira Maisara said...

nana : tak sanggup lah nak pakai lens..huhu

hnady : better pakai spec mate je kan :D

boni : eh biar betol? mane pergi lens tu?

inche hlovate said...

mata sya tak rabun hihi..better pkai spect je

chot ok..! said...

3 year with lens,Alhamdulillah ok jer mata sya..sya tak percaya lens2 murah,sya slalu beli kt focus point..So far ok la..cz ada syarat2 nk pkai lens ni..tgk keadaan,ada yg 8jam sehari,12 jam sehari limit lensnya..tiap 3 buln kena tukar..sya kalau pakai spek,ramai kte sya muka garang.hee..so depend la..tp so far,sya pakai lens,power mata kurang juga.. *dh mcm krgn n promote plak.he

Jom terjah kalau sudi ..TQ :
http://chot91.blogspot.com/2012/11/travel-to-singaporeuniversal-studio.html

afzalsukasuki said...

pakai cermin mata la dik.cantik apa bercermin mata tapi pastikan bingkai yg bersesuaian la :)

Ahlam Miera Amirul Shafie said...

dua2 saya xsuka pakai... tapi saya terpaksa pakai sbb saya rabun....huhhu

Mieya Atiera said...

Same with me. memang tak berani nak pakai contact lens nie.