Wednesday, September 18, 2013

hidup menggangur

assalammualaikum and hai hai hai!

masih ingatkah kalian kepada tuan blog nie? haha. maaflah sudah lama tak update blog kerana 'kesibukan' yang melanda diri. ahaks.. sibuk la sangat kan. buat masa sekarang nie aku berkebun di belakang rumah, tanam anggur je. eh kire oke la kan sementara nak tunggu tawaran kerja. muaahaha. eh eh sy baru habis belajar lah. soo , sebelum nie banyak memberi tumpuan untuk final semester , periksa latihan , final exam , presentation dan periksa jururawat yg melayakkan aku untuk dapatkan lesen jururawat.

pergh.. bile dah lama tak menaip nie rasa kaku la pulak kan. blur blur blur, ini pun membebel tak tentu pasal. alih alih je da siap satu entry haha.nak tahu macam mana life aku sekarang? pada yang nak tahu je la .Hurm, hidup aku setiap hari sangat lah mewah. mahu tak nya, asal lapar je pergi jenguk kat dapur dan terus makan ,makan dan makan..bila boring je tekan remote control. tekan, tekan dan tekan sampai tak tahu butang ape nak tekan dah..alik alik karoot komedia je la yg aku tengok. wah bahagia jugak kan hidup menganggur nie(baru tahu) makanan?..haha. sebut je ape nak. mesti ada kat dapur tu. kfc? pizza? mekdi  err.. mekdi dah haram ek? errkk tak berani n ak komen. den tak berani (-.-)


erk... lepas nie menjeling jeling jer la mampu. muahaha..

sekarang nie baru lah merasa payahnya nak cari kerja. hari - hari bukak email. send resume bagai tapi hapak pon tak de panggilan. betul la cakap orang. kerja payah nak dapat sekarang. soo kalau da dapat tu jangan nak memilih. at least kita hidup sudah ada experience kerja. itu yang penting. selepas itu baru lah leh apply kerja kat tempat lain and demand salary kan? hah baru nampak permainan dia kat situ..hehe

anyway korang. wish me luck dalam menempuh dunia baru. yepp . tak sabar nak merasa kerja, nak balas jasa parents pulak lepas nie. tapi bila cakap pasal kerja dengan dorang, dorang cakap duduk je la kat rumah.. jadi pembantu suri rumah kejap. hehe. kalau dilayankan mau gemok la duduk rumah..hohoho

k. bye korang!

No comments: