Thursday, December 12, 2013

Assalammualaikum semuaa!! Hahah lame dah tak update
blog saye ni haa..busy dgn life baru laa.. hehe ape2 pun saya try update blog guna mobile phone..saje nak test gune . *dah lapuk br terigat nak guna kat mobile apps.hahah sgt ketingalan zaman la aku ni *.*

Wednesday, September 18, 2013

suka chatting? baca nih

gambar sekdar hiasan
tiada kena mengena dgn tuan blogger
mahu pun dengan korang.
maapkan saya kak lysa suriani

zaman sekarang nie semua sebuk dok main applikasi dalam smart phone. tipu lah korang tak ada line, whatsapp, kako talk, wechat,twitter, facebook bagai kan? .ni  nak beri nasihat pada korang yang suka chatting  nie . hati hati lah semasa berkawan. jangan baru kenal sehari dua terus nak percaya bagai kat "member" korang tuh sampai nak bagi pinjam duit bagai lah. no no no no.. kawan just kawan. dan sentiasa lah beringat. sebab mereka ni orang asing bagi kita. so berhati hati lah. kita tak tahu niat orang kat kita. kadang kadang tu nampak je baik. tapi baik ada makna. tu yg bahaya. lagipun dah banyak kes yang berlaku sekarang kan. beringat ingat lah.sekarang nie bukan kata perempuan je jadi mangsa, lelaki pon sama lah. ini  zaman sekarang lah. : D

*nasihat je. nak beritahu je. nak ingatkan je. 
ikhlas dari : mira maisara

hidup menggangur

assalammualaikum and hai hai hai!

masih ingatkah kalian kepada tuan blog nie? haha. maaflah sudah lama tak update blog kerana 'kesibukan' yang melanda diri. ahaks.. sibuk la sangat kan. buat masa sekarang nie aku berkebun di belakang rumah, tanam anggur je. eh kire oke la kan sementara nak tunggu tawaran kerja. muaahaha. eh eh sy baru habis belajar lah. soo , sebelum nie banyak memberi tumpuan untuk final semester , periksa latihan , final exam , presentation dan periksa jururawat yg melayakkan aku untuk dapatkan lesen jururawat.

pergh.. bile dah lama tak menaip nie rasa kaku la pulak kan. blur blur blur, ini pun membebel tak tentu pasal. alih alih je da siap satu entry haha.nak tahu macam mana life aku sekarang? pada yang nak tahu je la .Hurm, hidup aku setiap hari sangat lah mewah. mahu tak nya, asal lapar je pergi jenguk kat dapur dan terus makan ,makan dan makan..bila boring je tekan remote control. tekan, tekan dan tekan sampai tak tahu butang ape nak tekan dah..alik alik karoot komedia je la yg aku tengok. wah bahagia jugak kan hidup menganggur nie(baru tahu) makanan?..haha. sebut je ape nak. mesti ada kat dapur tu. kfc? pizza? mekdi  err.. mekdi dah haram ek? errkk tak berani n ak komen. den tak berani (-.-)


erk... lepas nie menjeling jeling jer la mampu. muahaha..

sekarang nie baru lah merasa payahnya nak cari kerja. hari - hari bukak email. send resume bagai tapi hapak pon tak de panggilan. betul la cakap orang. kerja payah nak dapat sekarang. soo kalau da dapat tu jangan nak memilih. at least kita hidup sudah ada experience kerja. itu yang penting. selepas itu baru lah leh apply kerja kat tempat lain and demand salary kan? hah baru nampak permainan dia kat situ..hehe

anyway korang. wish me luck dalam menempuh dunia baru. yepp . tak sabar nak merasa kerja, nak balas jasa parents pulak lepas nie. tapi bila cakap pasal kerja dengan dorang, dorang cakap duduk je la kat rumah.. jadi pembantu suri rumah kejap. hehe. kalau dilayankan mau gemok la duduk rumah..hohoho

k. bye korang!

Thursday, May 9, 2013

syukur

assalammualaikum semua.. harinie result exam student UiTM keluar kan? hahh.. kepada student uitm tu.. saya nak wish good luck la yer. moga apa yang diusahakan sebelum nie memberikan hasil yang baik untuk korang semua. dan yang penting bila dapat keputusan tu kenalah redha dan mengucapkan rasa bersyukurnya kita kepada Allah s.w.t.



Dan bagi yang tidak bernasib baik, kita boleh mencuba lain kali kan.. jangan bersedih sebab Allah s.w.t. tu maha mengetahui dan adil. kadang kadang tu Allah sengaja nak uji kita samada kita boleh bersabar atau tidak dengan dugaan yang diturunkan olehNya. tapi percayalah disebalik dugaan itu Allah ada sediakan sesuatu yang baik untuk kita pada masa akan datang. so. bersangka baiklah kepada pencipta kita. : D

ade satu kawan saya dulu selalu dapat low result. sampai hendak ambil keputusan nak berhenti belaja sebabnya tak tahan nak carry paper banyak banyak. tapi dia tetap bersabar. bersabar hingga puncak walaupun rakan seperjuangan sudah pon berkonvo, sudah habis belajar. Tapi dia tetap harungi dugaan untuk menuntut ilmu. last last, final sem die boleh dapat dekan. hebat tak. Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya. Yang penting usaha. kuatkan semangat.berdoa. dan bertawakal kepada Allah.









kan?

Tuesday, April 23, 2013

steamboat .


assalammualaikum!

Sekarang nie cuaca panas memanjang.. Tekak terasa haus walaupon sudah teguk 2 botol air mineral. So korang please maintain fluid intake to prevent dhydration oke. Kalau tidak mulut korang akan dapat ulser terus tak ade selere makan and then badan pon boleh jadi susut. err.. itupun kalau susut la..haha

Minggu lepas aku wat renioun dengan rakan kampus. lame sudah kami tak berkumpul. Adelah dalam setahun cam gitu. Semua sibuk dengan hal masing masing. Ade yang membawa diri di kampung sendiri. Last last kiteorang decided nak wat renioun minggu lepas memandangkan aku ade kat kampus masa tu. Tak plan ape pon tetibe je pakat nak jumpa . dan

 muke heaven gile tengok makanan banyak banyak.. 

 mira. fika. and nana.

jida and myra.


Banyak cerita yang keluar masa berjumpa. oke. Sangat riuh. Sangat bising . Dan topik yang paling best nye pasal kahwin la. Semua sibuk fikir sape yang akan jalan dulu wahaha. Kali nie kami semua plan nak makan steamboat. oke. Tercapai jugak hajat kami nak makan steamboat bersama sama. hajat dari semester 4 lak tu.  Sadis kan.. haha. Biasalah. Plan baik baik kat kampus. Keluar je shah alam terus shopping bagai. Sampai semua lupa plan asal. Alih alih kepsi la jawapannye..

Kami pilih undi flaming steamboat dekat area danau sebagai tempat nak lepaskan nafsu kami. Owah. Teruk benau bunyi nye kan. Tapi itulah hakikatnya. Makan sampai kenyang, muntah dan pengsan bagai. haha. Seksa 2 jam kami nak habiskan semua makanan tu. Ape yang korang nak semua ade. heh. Satu kepale cuma RM 26.90 sahaja dan macam biase korang boleh amik ape aje yang korang inginkan. Hebat bukan?. Tengok aje lah meja kami, memang penuh dengan makanan. Mase nak pilih makanaan tu bukan main lagi tarik je semua tapi bila nak habiskan, nauzubillah.. Seksa! Tambahan pulak kami semua jenis tak kuat makan.. 



Macam macam ada. angry bird pon ada. nemo pon ada. hah. 



 Nyum nyum.. sorang makan aiskrim, semua serbu aiskrim jugak. mane nak habis semua makanan tu..

:) 

 ha.. lepas makan, bakar lemak lemak yang ade dengan karok! terbaik. 


Dan lagu bigbang mesti. harus.! try search lagu gwiyomi tapi tak ade pulak. frust tetibe.


Masa on the way nak balik tu tayar kereta pancit pulak. Tanda kami semua makan banyak sampai lebih muatan agaknya malam tu. hehe. Benda nak jadikan. Alkisahnya tersadailah kami setengah jam kat stesen minyak tu. Mujurlah ade je mamat sudi membantu kami semua yang terkial kial nie pasang tayar spare. huhu. Jangan ingat semua laki gatal yea. Sebab tak semua laki macam tu. kot?














Friday, March 15, 2013

how to be a good driver?

asslammualaikum!

minggu nie berakhir sudah zaman aku sebagai student nurse kat spital. rase sayang giler nak keluar dari ward. rase sayang giler nak tinggalkan rumah sewe. sayang nak tinggalkan patient yang stay prolong kat ward. dan banyak lagi lah aku sayang nak lepaskan.. biaselah tu semua tu kenangan kot.. time jadi student pratikal nie best.. kalau buat salah still boleh dimaafkan, tapai  tapi bile dah bekerja nanti salah sikit memang kena saman la kan? . itu pun kalau aku bekerja lah. itu pun kalau.

kerja malam memang sempat lah nak snap gambar kan.huhuk


humm..balik kampung nie aku plan nak mantopp kan lagi skill untuk pass jadi suri rumah pulak. nak belajar buat kek bagai. umur dah tua kena lah belajar memasak nanti senang bila dah kawin nanti kan.. hoho.. kawan aku ramai dah kawin . tinggal aku kesorangan je :( hahak


cuti ni jugak aku nak mantopkan jugak skill memandu aku. hee.. sebabnya aku nie geti bawak kereta auto aje la.. selalunya aku suka tunggu abang aku balik dari kampus, then aku bawak lah kereta die. haha. tunggu kepulangan abang pon mesti bersebab. bukan aku rindu kat dia. tapi kereta dia. ahaha. adik yang baik kan aku nie? -.-

bukannya aku tak nak drive manual. kereta manual ade je kat rumah aku nie, tapi aku jadi malas la nak bawak manual. nak nak lagi bila jalan kat tempat berbukit. mase tu la nak kena kawal kereta lah. nak jage jalan la, site lagik..kot terundur nye kereta tu then kena kereta belkang mahu bukak kes baru karang. ahh memang tak la aku nak drive manual. eh eh. sila jangan pangkah orang macam saya sebab saya cepat panik atas jalan raya. so jangan salahkan saya. sebab saya mencuba untuk jadi seorang pemandu yang berhemah taw.. : P



muke nak gabra. lintas jalan. haha




.memang masalah perempuan la kan tak geti drive manual. kih kih kihh. eh normal la tu kan?




Wednesday, February 6, 2013

wordless wednesday - tiada lagi cinta.


assalammualaikum!