Thursday, August 4, 2011

suami pilihan..

                        

    kalau ditanya pasal ciri ciri suami pilihan,mesti ramai ada pilihan tersendiri kan? cube tanya artis..ape jawapan die...dengan nada yang kerek dan gediks nyer...

"i nak laki yang hensem,yang kaya sebab leh shopping tak payah tunggu dapat gaji..lain cerite nye beliau mestilah berpangkat..at least datuk pon okeh jugak....i kalau boleh nak yang badan mantap dan mengancam cam adi putra..i jugak nak laki yang romantik..selalu bukakkan pintu kereta dan bagi sejambak bunya ros putih yang segar ditanam kat cameron highlands serta dihias dengan anak patung setiap hari  kalau saya dapat memilikinya..owh lihat lah dunia!!
sasa kan badan die?

haha..penting ke semue nie?jawapan memang nak standard je kan?okeh..nie senarai ciri ciri yang penting..untuk readers yang rase beliau ade lah lelaki..lets chek it out!!

1.) agama
pendidikan agama tu penting bagi seorang muslim sebab satu hari nanti beliau akan jadi ketua keluarga..ade ketue keluarge perempuan??ade je..yang ibu tunggal tu..hihi..tapi kebanyakannye lelaki jugak yang akan jadi ketue keluarga..betol tak?kalau betol bakal suami korang tu beragama islam(insyAllah),perhatikan pulak tahap keislamannya..keilmuan yang dimiliki..keimanan serta mengerjakan amal sahih. bagus jugak kalau bakal suami kamu tu mmpunyai ilmu agama yang cukup,tapi jikalau die mengajak kamu buat bende yang haram cam berpelok sane sini,berzina, sebelum nikah tu layak ke?
 “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka.” (al-Tahrim 66:06)


2.) ada ciri kepimpinan
lelaki diberi tanggungjawab sebagai ketua keluarga. kepimpinan boleh memberi pengaruh kepada ahli-ahli keluarga samada baik atau buruk,bergantung pada ciri ciri kepimpinan lalaki tersebut. tapi korang jangan lah risau.kadang kadang ada jugak laki yang terserlah ciri kepimpinan nya bila dia dipertanggungjawabkan menjaga keluarganya walaupon sebelum nie die buat dekk je ngan ape yang berlaku dengan sekeliling die.
perhatikan kepimpinan nya ngan bagi situasi masalah korang kat calon suami korang dan tengok cam mane die handle satu masalah tu..contohnye..

baby: abang,ari sabtu nie baby ade kene buat proposal dekat hospital..kene jumpa sister kat dalam ward.cam    mane nak wat apointment dengan sister tu..tapi ari sabtu nie baby ade program dengan anak-anak yatim anjuran kolej..nak pergi mane satu nei?kalau pergi program anak yatim tu mesti dapat makan free..kalau jumpe sister tu..
abang: ape susah nya..tidor je la sabtu nanti..reha-rehat..tak payah nak serabutkan kepale otak tu..
baby: humm   -___-
<bf yang malas berpikir..haha>

aku tak tahu ape motif spangawiwi lam blog topik aku kali nie.

3.) kewangan
Suami bertanggungjawab ke atas kewangan (nafkah) isterinya. Rasulullah mengingatkan para suami: “Bertaqwalah kepada Allah berkenaan isteri-isteri kalian….mereka memiliki hak di atas kamu, iaitu nafkah dan pakaian pada kadar yang berpatutan.” (Shahih Muslim, no: 2137)
 syarat utama seorang suami yang ingin memberi nafkah kepada isterinya bukan lah seorang itu harus kaya. yang penting ialah seorang suami yang sedar akan tanggungjawabnya untuk memberi nafkah kepada isterinya selagi mampu..diulangi..selagi mampu okeh! walapun zaman sekarang nie suami isteri ramai yang bekerja, suami tak boleh lupe tanggungjawab dan peranannya sebagai seorang suami. suami juga tidak boleh memaksa isteri mengeluarkan belanja untuk menampung kewangan keluarga tetapi dibolehkan mengeluarkan belanja atas pilihan dirinya secara rela, bukan paksaan.

4.) akhlak bakal suami
 kita perlu mengenali seseorang lelaki sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin dengannya. akhlak melambangkan keilmuan hati yang dimiliki oleh seseorang lelaki. tapi jangan berharap kita akan mengenali hati budinya kerana selagi tidak hidup bersama, mengharungi suka duka bersama, kita tidak akan kenal hati masing-masing sebab manusia boleh berubah kan?


sebenarnya tak perlu lah kite nak mengenali sangat hati budi pasangan masing-masing sebelum bernikah,buat ape?takut jodoh tak lame?takut tak bahagia??


bukan ke jodoh, rezeki, maut, nie urusan Allah? cukup lah kita tahu serba sedikit mengenainya dan berserah kepada Allah kerana dia lebih mengetahui ape yang akan berlaku masa akan datang ..cube tengok..ade jugak orang bercinta sakan..setiap hari nie kalau boleh nak berkepit..pagi petang siang dan malam..cam dunia nie milik dorang je kan? tapi ade jugak yang kecundang..dan gagal dalam pernikahan nya..even lima tahun bercinta..tapi,ada jugak yang langsung tak kenal,tapi bahagia jer bila hidup bersama?.rahsia nya pasangan perlu bersedia menerima kelebihan dan keburukan masing masing,agar kekurangan dapat diperbaiki bila mendirikan rumah tangga kelak..

biler nak kawin nie!!hehe
-_______-





2 comments:

DyeaDeen said...

aku nak yg ensem. apasal tk tulis sekali?

Mira Maisara said...

haha...ko memang kan daia..ensem ta penting taw...hihi