Sunday, February 26, 2012

david teo penyelamat maharaja lawak?



jumaat lepas aku berpeluang menonton maharaja lawak bersama family aku. (tgk kat tv aje pon..hihi) . korang layan tak raja lawak sekarang nie?  masa di kampus aku hanya menonton rancangan itu dekat youtube aje . ahh sungguh sadis bila tengok rancangan tu kat youtube!! sebab nya kena tunggu siap loading baru lah dapat tengok untuk satu kumpulan. - dan loading video tu sungguh lah lambat. hinggakan aku sempat mandi dan makan , barulah habis loading video tu..

bila rancangan itu start, aku rasa excited sesangat..melihat persembahan dari kumpulan pertama hingga kelima, membuatkan aku rasa mengantok. seriusly , dari persembahan kumpulan pertama hinggalah kumpulan lima tidak berjaya membuat aku ketawa terbahak -bahak. ketawa pun mungkin kerana kasihan kot? . aku tak tahu lah sama urat ketawa aku nie dah terputus ataupun aku nie yang  tak normal ? kwang kwang kwangg..

maharaja lawak untuk musim nie membosankan. berapa kali aku menguap semasa siaran itu berlangsung. wahh.. tu sketsa kelakar lah , apesal lak leh mengantuk pulak.. !! bila aku toleh ke kanan , aku tengok ayah sudah terlelap depan tv.. so maknanya bukan aku sorang je rasan bosan tengok maharaja lawak kan??

tapi rasa bosan tu terubat bila turn David Teo memberi kritikan untuk peserta. ah.. kalau dia bukak mulut aje , semua orang nak tergelak! wahaha. cayalah David Teo , dia pulak yang membuat orang tertawa . ehem.. dalam diam , aku kagum melihat beliau. ada ke orang menggunakan pantun zaman sekarang nie? anak melayu banyak guna kata - kata kesat sekarang nie. sedangkan David Teo pula mempertahankan bahasa melayu kita. syabas lah david..


David Teo , tak busuk bro!

4 comments:

Anonymous said...

tak tengok :(

fazrulnoor said...

setuju

huda jamil said...

untunglah ada mustika.

sy youtube je mampu. hehe

semutsengal said...

bila dah banyak siri, makanya bosan.