Sunday, February 19, 2012

fenomena k-pop berlaku!

seminggu aku bercuti di rumah. terasa aman tanpa perlu memikirkan tugasan yang perlu disettlekan. untungnya aku!! dapat bercuti sepuas -puasnya.. opss..cuti bukan berreti aku berehat tanpa buat kerja rumah ye..bila aku kat rumah aku jadi suri rumah ya..meringankan tugasan ibu aku di dapur. anak contoh nie wehh!!

wahh.. sejak aku balik ke rumah nie aku dapati ada perubahan yang berlaku dekat rumah aku. dan antara perubahan yang paling mendadak yang berlaku di rumah aku adalah fenomena k-pop.. fuhh..cukup aku anti dengan lagu - lagu daripada korea itu. sungguh. aku rasa geli bila berhadapan dengan group lelaki yang cam bapok ajer.. - fasyen rambut yang ntah apa -apa,  dah tu muke jambu macam... then siap tangkap gambar buat bentuk love pulak tu! ohh pada korang yang fanatik korea sesangat tu ,  aku mintak maaf lah ye.. aku tak berapa berminat sangat lah awak semuaa : D

dalam rumah aku , ibu memang selalu backup aku bila aku berdebat mengenai kumpulan k-pop ini. sebabnya , ibu lagi berminat dengar lagu zaman dahulu yang lebih jiwang , yang lebih romantik serta lirik lagu yang mudah difahami.. tapi semasa ibu jemput aku dari bus station, lagu korea berkumandang bila peti messaje handphone beliau masuk! tetibe rasa seraamm bila mendengar lagu korea dari handphone ibu aku. wah..ape terjadi semasa ketiadaan ku?


oh pleaseee.


dan sepanjang seminggu aku dirumah , seminggu jugak lah aku mendengar lagu korea nie weh.. di tambah lagi dengan adik lelaki aku sebuk memekak mendengar lagu korea menggunakan speaker..bertambah berdenyut - denyut lah kepala aku ini.. sabar amira.. seminggu lagi aku dui rumah. -.-




9 comments:

H A N said...

No offense tu adik lelaki awak...

Tapi saya rasa orang lelaki yg layan lagu penyanyi/kumpulan lelaki Korea macam pelik je, haha...

Lysa said...

lagu kpop ni, lisa suka dgr sikit2 je. hehe mira sama mcm kwn lisa. suka sgt dgn kpop sampai tiru tarian dia, hafal lirik and all. tu lah kalau dah minat kan? hehe :)

Anonymous said...

semenjak Cik Adik masuk asrama, dah tak dengar lagu-lagu korea nie :(
rindu adik..!

Hafifi Mohd Nor said...

wey3...knp kuar gmbar girls' generation aku..diorg xbslh..diorg cute n comel.. haha

huda jamil said...

tak lama awak pon macam tu la gamaknye.

entah2 nnt awak bukak lagu lg kuat dr adik awak. hehe :P

RHI said...

citerasa anak2 muda sekarang...entahlah..bukan lagunya semua tak best, ada juga yg boleh di dengar...cuma tak suka tengok dia orang, kalau setakat dengar lagu rasanya boleh lagi kut

Anyyss Shuhaimi said...

haha! aku terima je fenomena kpop dan masih setia layan jpop dari dulu sampai sekarang. :)

Sarah Mohd Saleh said...

kite xlyn kpop.xtaw ler cmne perasaan lyn kpop nih

Unknown said...

hahahaha..sampai macam tu sekali??hehe