Monday, April 16, 2012

best ke kahwin ni?


tahun 2012 nei ramai artis melangsungkan perkahwinan kan?antaranya  fasha sandha , lisa surirumah , dan yang terbaru nie scha al-yahya dengan pasangannya.. si awal ashaari . alhamdulillah.. bagus lah kalau nak mendirikan rumah tangga. syaitan nangis kot bila lelaki dan perempuan berpakat ingin mendirikan rumah tangga. bukan setakat artis aje , dua minggu aku cuti kat johor nie , dah dua undangan majlis perkahwinan aku pergi . hujung minggu nie pun ada jugak.. alahaii.. untungnya lah perut aku.. hehe

online fasbook tadi ramai member aku ngajak pergi kenduri kahwin dorang. ahh.. tak sangka pulak.. kawan sepermainan nak berkahwin bulan depan.. bukannya sorang dua .. tapi tiga orang kot.. untunglah kawan -kawan aku..berkahwin dalam usia muda..rasa cam tak caye je. hehe


orang nak kawin , kita pulak sebuk kira - kira bila turn kita pulak kan? alah.. biasa lah tu.. semua perempuan akan berfikir cam tu kan?
tak payah pikir kebahagiaan hidup bersama . tak payah fikir macam mana nak layari malam pertama bersama . semua tu tak payah .fikir apa yang berlaku sekarang nie..focus pada study, focus pada kerjaya.. bila berkahwin nie , kita kena berseidia dengan banyak tanggungjawab. tanggungjawab kepada diri sendiri , suami , ibu mertua , ayah mertua , ibu sendiri , ayah sendiri dan sebagainya . sudah berkahwin , kita perlu jaga batas pergaulan.. i mean perlu lebih jaga batas pergaulan contohnya dengan lelaki yang bukan muhrim. kerana bimbang akan mengundang fitnah oleh masyarakat sekeliling. dan selain tu , perempuan yang sudah bernikah jugak kena jaga air muka si suami , ibu mertua dan sebagainya tadi .

nampak? antara contoh perkahwinan bukan boleh buat main sekarang , bukan setakat harini kau bernikah , pakai gaun pengantin yg cantik, naik pelamin , makan beradat dan sebagainya . panjang lagi kehidupan yang kita nak kena tempuh . esok kalau dah ada anak sendiri , kena betul betul didik . supaya betul cara hidupnya. supaya dapat taat kepada perintah Allah. dan jadi insan yang berguna.




dah ready dengan tanggungjawab baru?


9 comments:

J.Syazwana said...

amboi pergi dating bawak teddy bear?
huhuhu

tengah kumpul duit nak kawen ni ha.
hihihi

diera_nadiera ulalaaa~ said...

bukan lah syazwana..
tu bru dapat tu teddy tu..
ngeeee~ betul x mira? :)

armouris said...

terjumpa e-book percuma yang bagus untuk orang yang nak kahwin… sharing is caring :) - Permata Yang Hilang - Panduan Hubungan Suami Isteri Melayu Islam

mira maisara said...

amboi..deera tu cam taw lak..hehe

Cik Kartun ( CK ) said...

serabut nak kawen jugak niehhh keh3
btw..rindu mira :)

Naturalzine said...

betol betol,, orang kawen, kok kita pulak yang sibuk,, hihihihihi

kawen bole cepat² asal persiapan udah 100% mantap.. like this post :D

zera eira said...

nampak senang bila sebut kawen, cuba sebut ijab dan kabul? tanggungjawab? susah kan? btw, kita sama2 muda, semoga kita jumpa yg betul2 boleh membimbing kita yaa. aminn.

btw, teddy kita macam sama lahh. hehe

mira maisara said...

naturalzine :wihihi

zera : sama ea? kembar bear la gitu :P

Diana Umairah said...

best jugak kalau dapat mendirikan masjid ni. tapi sebelum mendirikan masjid kena tahu tanggungjawab masing-masing.. jgn men kawin je...hehehe...:p