Wednesday, November 21, 2012

tak sabarnya..

assalammualaikum!

mesti ramai yang tertanya tanya kenapa aku dah lama tak update blog. oke. hampir sebulan jugak lah kan? masih ingat siapa aku ? oke aku sedar aku bukannye famous macam yuyu zulaikha , maria elena , ben asshari ape semua. oke fine. eh tetibe.?

baru baru nie aku dapat result uitm yang melayakkan aku untuk berpraktikal kat hopital ampang selama 3 bulan. alhamdulillah.. syukur pada nikmat yang diberi.. sudah lama aku tunggu saat nie.oh ya kiranya dalam tempoh tu aku dengan member yang lain macam dah jadi junior staff nurse jugak la. handle patient sendiri. pass report sendiri.

agak mencabar lah jugak semester nie. makin tinggi pulak tanggungjawab bila kena uruskan patient sendiri.. maklumlah. berurusan dengan orang sakit kan. lewat bagi rawatan sikit je mugkin boleh bagi effect kat patient tu.. contohnya patient boleh hypo ke. boleh collapse ke.. ahh..mintak jauh lah kan. harap harap semuanya oke sepanjang 3 bulan nie. sebabnya aku cuak kalau kalau lah berlaku perkara yang tak diingini berlaku kan...alamak..mintak jauhlah..

rupa rupanya susah jugak kan nak cari rumah sewa kawasan ampang nie.. ingatkan cari kat mudah.com senang nak dapat, rupenya haram...bila dah jumpa rumah nak kena deal dengan ajen lagi.. merumitkan lah. tapi alhamdulillah dah jumpa rumah sewa.. dekat jugak lah dengan hospital. so.. kalau dah terlambat bangun tidur tu boleh lah langkah kaki je..tak payah nak start enjen kereta.. huhu..

tak sabarnya nak pakai baju uniform. tak sabarnya nak masok operation teater. tak sabarnya nak dengar patient cakap "terima kasih". tak sabarnya nak kena marah dengan sister. tak sabarnya nak...oke cukup lah..

p/s : kadang kadang indah khabar dari rupa..






4 comments:

boni kacak said...

wah..dapat kat ampang ye?? ok.. saya doakan semuanya berjalan lancar utk awak tau..

Mira Maisara said...

boni : wah..mekasih yea. :D

Ahlam Miera Amirul Shafie said...

gud luck n selamt berparaktikal....

kautlah ilmu sebanyak mungkin yer.. ^-^v

Mira Maisara said...

ahlam : mekasih. :D