Thursday, June 28, 2012

kucing aku bakal kudung kaki?

salam : (


ni mekok . comel ?

pagi semalam ibu kol aku . suara sayup sayup je kedengaran dari talian sana . lemah je. kebiasaannya ibu aku akan cakap "annayeong" kat aku (yer kami peminat drama korea!). tapi tak untuk kali nie. mungkin ada sesuatu perkara yang buruk dah berlaku ke? ataupun ibu aku tak sihat semalam . ?uishh.. mintak jauh la memang setiap hari aku berdoa agar orang tua aku sentiasa sihat . sentiasa gembira bersama . bersama anak anak yang comel belake nie. ehek?

ibu sampaikan berita . anak kucing yang kami dah bela nak dekat 3 tahun kena langgar dengan kereta barangkali . macam nie ceritanya ..

 petang selasa tu ibu lepak kat halaman rumah menikmati makan petang . pastu ternampak mekmok ( kucing aku ) terincut2x berjalan pulang kt rumah meluru ke ibu dengan darah yang banyak menitik dari kaki kiri ..

memang menjerit la ibu tengok mekmok punya kaki tuh. tulang dah terkeluar . nampak isi daging kemerah merahan. sampai ibu rasa ngeri nak tengok mekmok . ibu naik atas rumah , letak minyak gamat kat kaki dia . sayu je hati bila dengar kucing mengiau sakit . ibu jage kucing macam anak sendiri . mesti ibu lagi sedih dari aku . tahu ?

 sape ada kucing kat rumah tahu lah macam mana sayangnya kita kat kucing tu . kita belai , mandikan , bagi kucing makan , bercakap dengan dia. hehe time kita sibuk nak adun tepung nak buat kuih , dia pon sibuk nak mengacau kita . konon2xnya nak buat kuih sekali lah tu kan? kalau kita berlari je mesti mekmok akan kejar . sekarang nie kaki mekmok dah sakit . hanya terlantar terbaring dalam sangkar . badan pon dah kotor . mekmok dah tak kan jadi cam mekmok yang dulu .



sedih . harap harap mekmok akan sihat . tadi ibu call , tulang kaki mekmok da tertanggal sendiri . dan tulang tu , semut2x datang makan : (
mesti mekmok sakit sekarang . tahan yaa.. nak bawak ke klinik , jauh pulak

rasa cam geram dan kecewa sangat kat orang yang gelek kaki kucing aku nie! apa patut buat sekarang?


7 comments:

PinkUmmi said...

siannya kucing nih...dah bulu gebu2,,,,

msredcheesecake said...

bawakla gi vet cpt, takut nanti infection...sian dia

mira maisara said...

pink ummi : bulu die memang lawa

msred : badan die dah berbau sangat da.. semua tak sanngup membau.apetah lg nk masok dalam kete :(

Boni JLL3 said...

adoi..siannya.. comel pulak tu...

piko pink said...

ciannye..bela harimau lak..hehe

syazana amira said...

sedihnya.. paham perasaan sebab pernah bela kucing :'(

kucing hilang pun dah macam orang gila cari merata2.. huhu

Ahlam Miera Amirul Shafie said...

alahai kesiannya...huhuhu comel mekmok 2... kesian dia...huhuhu jahatnya org yg langgar 2.. tapi mgkin jgk org 2 xperasan mekmok.. moga mekmok capat sembuh...huhuhu