Sunday, July 1, 2012

kes jenayah sekarang . selamat kah kita?


assalamualaikum readers ! : D



kalau kita bukak je tv, dengar radio dan online facebook mesti ada cerita pasal kes jenayah kan? banyak kes yang tak masuk akal dah berlaku dan rasanya tak perlulah aku nak mention kes nya .(sebab macam macam kes dah ada! )  rompak , bunuh , samun seolah olah dah lali je di dengar . memang menggerunkan lah! even duduk rumah sendiri pon boleh kena bunuh , apetah lagi bila kita berada kat luar rumah kan?huummm... dulu kes macam nie tak ada lah teruk sangat berlaku .  ape memang dah tak selamat kah malaysia sekarang nie?

dalam tahun nie je ada 3 kes jenayah yang melibatkan saudara mara ,teman seperjuangan dan sahabat handai aku . dan terbaru nie , mekdi kat dekat dengan kampus aku dah kena rompak. dengan bersenjata kan parang . Ya Allah seram aku dengar . sebab aku selalu lah jugak lepak kat sana bila bosan makan nasi putih ke kan.. (sesekali nak jugak makan barat) hehe . tak percaya ?klik kat sini .


sekarang nie kat surau pon orang boleh mencuri .. adik sendiri pon boleh rogol .. orang hulur duit kat peminta sedekah pon boleh kena belasah . haishh dunia .. aku nak keluar pon dah rasa tak selamat . takut pape buruk terjadi . dah la aku nie tak kawin lagii!! eh tetiba . -.-


antara semua yang berlaku kes cam nie mungkin sebab penjenayah tu desprate kot nak gadget mahal macam i phone , galaxy tab . tapi tak mampu ? hehe memandai je aku . tapi pernah jugak aku terdengar kes terdesak nak mencuri sebab kehidupan yang terlalu miskin kan.. sampai tak ade duit nak beli susu untuk anak .. tak ada duit nak makan.. tapi semua alasan tu tak boleh jadi penyebab untuk mencuri kan?


gurlss.. make sure korang inform parents ataupon member sebelum nak keluar . in case kalau ade pape .. dorang tahu . dan kalau boleh save kan numbor spead dail 1 untuk parents atau sesape relative supaya senang nak call bila ada kecemasan . sooo.. tak payah lah nak buang masa belek numbor talifon.. benda macam nie boleh berlaku sekelip mata je. ready oke ! kalau bukan kita .. mungkin orang lain .





8 comments:

eyjalukman said...

betul2 ! stuju sngt . nk kluar mna2 pn takot sbb dah rasa mcm insecure nk kluar , even depan rumah . ahaha:P

Ogy Nordin said...

Perempuan2 sekarang kena belajar ilmu mempertahankan diri... Sekurang2nya dapat mengelakkan perkara yg tak diingini terjadi.

YaYaNsMuM a.k.a YM said...

Takut, mmg takut skrg.Bahaya ada di mana-mana.:(

msredcheesecake said...

Kalau fikir semua ni, takut nk kuar rumah...

Boni JLL3 said...

rasanya kita sekarang memang tak selamat tau.. jenaya berlaku di mana2 dan bila2 masa.. apa yang selamatnya??? jadi, kena lah jaga diri baik2.. sebaik yang mungkin

J.Syazwana said...

takut sangat. banyak kes samun dengan culik. :(

dah semua tempat tak selamat :(

nurfa22 said...

lama x jnguk sini.. meh blJar tae kwan do lh.. :)

Azah Skaliskala said...

hi mira.
Betul tu. Sekarang memang bahaya,
nak keluar ke drive ke, kena
sentiasa berhati-hati.