Sunday, February 3, 2013

giler smart phones!

assalammualaikum!

tadi aku sempat jalan cuci mata bersama kawan sekelas aku kat bandar ipoh. seriusly nie first time aku berpijak kat bandar ipoh. itu pon sebab aku buat praktikal kat hospital bahagia ulu kinta kat Tanjung Rambutan nie. ahh. ipoh panas lah.  jam baru je tunjuk pukul 10 pagi tapi panasnya terasa macam dah pukul 2 petang je. sesiapa yang pernah duduk kat situ faham lah kot ape yang aku rasa sekarang nie. hehe.


oke berbalik pada topik tadi. aku keluar jenjalan dengan kawan kelas aku. disebabkan dah lame tak berjumpa, so macam macam topik lah keluar masa berjalan tadi. biase lah tu perempuan. macam lah korang tak paham kan? haha. kalau sehari tak jumpa pon macam macam cerita boleh keluar apetah lagi kami yang dah bertahun tak jumpa? . oke dipendek kan cerita, kami pakat nak keluar berjalan kat shopping. cuci mata, cuci telinga dan lenguhkan kaki bersama sama. tapi lain pulak jadinya bila sampi je kat shopping mall.. wahaha.


dalam mall tu ade banyak kedai yang jual smart phones.. ada banyak brand yang ada kat situ.. yang original, yang epi, android, tab, note, tablet, iphone.. haa ape lagi yang kau nak?semua adoo.. haha.. macam macam saiz ade.. geram betol aku tengok smart phones kat kedai tu tadi. yang lebih bestnye penjual phone tu pandai tarik customer supaye bagi laku dorang punya barang. tapi kebanyakan nya ramai yang dok promote hand phones Android Malaysia.

murah pun murah. designed pon hampir same dengan smart phones yang ada kat pasaran nie.. cume harga je murah dari yang jenama asal. setakat nie ade jugak member aku yang pakai jenama android. so far still elok lagi.. tak rosak. mungkin sebab pandai jage kot?. hehe.

sekarang nie ntah kenapa aku tetibe berkenan dengan black berry pulak.. ntah kenapa aku rase cemburu pulak bile tengok orang dok promote bb pin.
jelous ok. jelous. haha..






eh korang. jangan mintak bb pin kat saya ye. sebab saya pakai android la. bweekk :P



Tuesday, January 29, 2013

sehari di aquaria KLcc


assalammualaikum

baru baru ni aku dengan family berkesempatan nak melawat aquaria KLCC. sebenarnya kiteorang tak ade plan pape pon tup tup family aku datang Ampang sebab nak melawat aku kat rumah sewa nie lah last last ayah aku ajak jalan jalan sekitar KLCC. aku pon roger je la.. boleh spend masa bersama keluarga. boleh eratkan hubungan bersama kan?

tiket masuk kat aquaria nie boleh tahan lah,. tak mahal dan tak murah sangat. sedang sedang je harganya.

dewasa : RM 35.00
kanak kanak : RM 25.00

apelah salahnya keluarkan sikit duit demi family tersayang kan? kadang kadang rasa berbaloi jugak kan duit yang kita keluarkan semata mata nak tengok orang yang tersayang senyum kan?

malas nak cakap banyak. jom lah terjah gambar yang sempat aku snap kat aquaria. : D




rapat sangat macam belangkas. 


ni ikan phirana


abang cover sikit perut tu..hahaha


oke seram tak tengok ikan kat atas tu?


kasi zoom sikit









sebenarnya banyak gambar yang aku nak share dengan korang dalam nie tapi takut korang rase nak muntah pulak disebabkan terlampau banyak gambar yang kiteorang tangkap. muahaha.. tapi yang ni jelah yang boleh aku share dengan korang. sebabnya banyak qualiti gambar yang agak blur..sebab kat dalam tu agak gelap jugak lah.
 tapi sepanjang kite berada kat sana banyak kali announcement suruh pengunjung tutupkan flash camera semasa nak tangkap gambar ikan ikan kat dalam aquaria. sebabnya dengan flash tu akan membuatkan mata ikan ikan kat sana buta. so, silalah tutup flash anda semua demi kebaikan haiwan haiwan kat sana ye..

bagi yang tak pernah datang tu elok lah melawat kat sini. boleh tengok ikan yu kat sana. eh?


Tuesday, January 8, 2013

hakikat sebuah kehidupan.

assalammualaikum semua!

Lama sudah aku tak update blog nie. Awal tahun nie banyak benda nak kena fikir. nak kena settle itu ini problem sampaikan emosi diri pon rasa sudah 'mereng' tetiba. mahu tak nya banyak benda yang berlaku kat diri aku. tambahan lagi waktu kerja yang tak menentu. dari shift petang esoknya naik shift pagi. tulatnya naik pulak shift malam. So rehat pon banyak kali terabai lah. ah oke. tapi alhamdulillah semua nya bertambah baik sekarang. sebab aku tengah belajar untuk menerima sesuatu hakikat. ye hakikat mengenai kehidupan.



Aku sayang semua orang di sekeliling aku. Dan untungnya bila aku punya masalah, aku punya orang yang sayang sama aku (macam bahasa indon je bunyi nya kan?). Kali ni bukan aku cerita mengenai sang cinta. tapi khas untuk kawan kawan, ibu bapa . adik adik yang ambil berat untuk aku. Alhamdulillah Tuhan kirimkan mereka untuk aku. walaupun tempoh masa perkenalan kita semua sangat lah singkat, tapi banyak benda yang kita dah lalui bersama. dan aku abadikan disini. boleh?


with friends. 
mira . mirah . nana . ana 
(name memang tak boleh blah kan?)



team pratikal mase kat operation room. eh dorang sangat lah ohsome!


selagi hidup . carilah kebahagiaan dan kegembiraan. walaupon ade masalah. just move on and keep smile. tidak semua orang akan  sentiasa bahagia dan tidak semua orang akan sentiasa berduka. itulah hakikat sebuah kehidupan. ada masa kita diatas dan ada masa kita hidup kita jatuh menjunam. agaknya kalau hidup sentiasa bahagia pon tak best jugak kan.


hidup berkawan memang best. dan sekarang baru aku tahu kepentingan hidup berkawan. kenape lah aku baru sedar sekarang. ouch!


kawan. terima kasih ada dalam hidup aku.
terima kasih kerana sanggup susah payah sebab aku.
terima kasih mendengar keluh kesah aku.
terima kasih kerana memahami aku.
terima kasih jugak sebab tidak abaikan aku.
terima kasih untuk semua.
terima kasih.
kawan

=)




Saturday, December 15, 2012

lawak mega kurang umpphh?



assalammualaikum


ape yang korang buat hari nie. waktu weekand nie memang bestlah kalau nak plan aktiviti tambahan lagi budak sekolah pon masih dalam cuti sekolah lagi kan. so.. ape yang korang buat harinie? shooping? holidays dengan family / kawan?ataupon melepak dalam rumah je? oke. mesti ramai yang cakap cam nie "melepak kat rumah tak ade life". kan?

eh jangan cakap melepak dalam rumah tak ade life ye.. sebenarnya banyak bendayang korang boleh buat dalam rumah nie. contohnya boleh melayari internet. oke nie dalam list pertama yang akan aku buat bila duduk dalam rumah ye.. well,  please understand me as a teenager . (-.-) haha.kalau rasa nak bersosial dengan orang , korang boleh bukak facebook. kalau bosan jugak boleh bukak yahoo massenger kan. eh comform korang lagi expert dari aku bab bab cam gini kan?. so tak payah nak bebel lebih la kan? sekarang nie memang dah ramai yang bertemu jodoh dalam ruangan sosial so..  : D
Yang penting hidup jangan salah pilih kawan je . betulkan prinsip hidup , barulah betul jalan hidup yang korang akan tempuh untuk hari akan datang .


eh semalam ada sesiape tengok lawak mega untuk minggu ke 5 takk? . oke tema muzikal komedi untuk minggu memang sedap la.. haha sebenarnya aku baru je tengok persembahan dorang kat youtube tadi. so dah tengok baru lah boleh bersuara kan.sesekali teringin jugak nak gantikan tempat lisa suriani tu..ngeh ngeh ngeh.. tapi tak boleh lah nak tanding dengan kecantikkan yang beliau ada..ehemm..

walaupun aku minat kumpulan jozan tapi bagi aku jozan kureng menyengat la tahun nie. kalau dulu aku  simpan kot koleksi lawak dorang dalam phone. tapi folder aku untuk dorang dah kosong.. kosongg...

mungkin jugak sebab kita dah terbiasa tengok lawak yang dorang bawak sampaikan kite boleh agak ape yang die nak buat atas pentas. sebab nya aku dah lali dengan lawak johan yang suka meniru gaya artis dan gerak kaki , tangan , dan badan  zizan yang selalu terkinja kinja masa buat persembahan. nampak gayannya memang susah nak puaskan hati semua orang tapi aku yakin dorang semua  dah buat yang terbaik untuk persembahan dorang. ehh..komen komen group jozan nie aku tahu dorang akan pergi final jugak kan? haha.



jambu satu lagi group yang boleh tahan lawak untuk minggu kelima nie. mana tak nye , lagu yang die mainkan semua sedap sedap , semuanya kena dengan jalan cerita yang nak disampaikan. syabas lah korang. sampai awie pon gelak kot. wahaha. ape yang aku perasan salah satu group lawak mega tahun nie banyak yang tiru joke dari internet la.. setiap minggu kot dorang kopi lawak dari internet. so.. bagi yang tak tahu tu boleh la nak ketawa. kalau yang dah tahu tu??


kesian gile muke tauke. ahahaa

macam mana lah agaknya kalau lawak mega tahun nie kalau sepah tu masuk ye? mesti gempak kan.. 





Monday, December 3, 2012

girls, please take noted.



assalammualaikum.. ,


don't expect too much on your relationship . don't be too proud of your five or seven years of relationship , because that dosent mean that your long relationship will last until marriage.


jodoh tu rahsia Allah s.w.t. 

sekuat mana kita rancang , sekuat mana kita pertahankan nya . andai cinta itu bukan milik kita , dia akan terlerai juga. terputus juga seketul sebuah hubungan jika tuhan tak takdirkan kita bersama .

sedangkan orang yang berkahwin , bertunang pon boleh bercerai berai , apetah lagi orang yang tak ada ikatan? . so bila dah ada pasangan tu bawak bawak la kawal diri. jangan melakukan perkara yang memalukan. dan jangan buat perkara yang boleh beri kesan kepada hidup engkorang . especially girls kat luar sana tuh. jangan sebab sayang. jangan sebab nak kekalkan relationshipdan korang sanggup beri semuanya kat boyfren korang. 

aku tahu korang selalu bace entry macam nie. tapi sekadar untuk peringatan , ape salahnya kan? . tapi kadang kadang benda dah nak jadi, nak buat macam mana kan? so berhati hatilah kamu. kamu diluar sana tu yek. berdoalah agar dijauhi perkara macam nie berlaku kat kita dan orang sekeliling kita..  Amin








Tuesday, November 27, 2012

hari pertama yang blurr..


assalammualaikum


nikmatnya bila berkesempatan untuk berehat bila ada masa kelapangan. mana tak nya , setiap masa ade je kerja nak kena buat. baru je nak duduk ,ada je kerja kena settle kan. maklumlah baru duduk pindah kat tempat baru kan semua sibuk nak mengalihkan barang barang, nak pasang perabut la itu lah ini lah..la..so kena amik masa jugak la untuk sesuaikan diri kat sini. tapi kadang kadang tu otak serabut jugak memikirkan task yang kena buat dalam masa tiga bulan setengah nie.

oke untuk pratikal semester nie aku dapat posting kat ward medical (perubatan) , surgical (pembedahan) pediatric (wad kanak- kanak) dan operation teater. so. aku sangat sangat la berharap yang aku tak akan start dengan ward peadiatric sebab formula obat dia, normal range untuk vital sign pon tak sama dengan orang biasa. eh senang cerita semua benda hampir tak sama lah dengan orang dewasa nie. contohnya kalau buat cpr kat pesakit dewasa , kita akan letak dua tangan kiri dan kanan dan bagi pressure kat bahagian dada. tapi untuk kes budak budak , cukup letak dua jari je kat bahagian dada dan bagi pressure. ha.. nampak beza dia? itu baru cpr.. tapi malangnyer kat situ jugak lah tempat pertama aku posting..wahaha. situasi ward kanak kanak memang berbeza dengan ward lain. seriously. masuk ward je dengar budak menangis,meraung ape semua..




lagi satu kerja kat ward peads nie memang main psyco jugak lah sebabnya budak budak mana suka orang chek badan dia kan.. so.. tak kesah lah kalau kena pukul, kena ludah , budak tu menangis melalak ape semua bila kita nak check dorang. huhu. tension tak tension? sudah lah aku tak berapa suka kat budak. haha

oh ye.. macam manalah rasanya kerja shift malam eh? berdebar debar je rasa hati nieh..




Wednesday, November 21, 2012

tak sabarnya..

assalammualaikum!

mesti ramai yang tertanya tanya kenapa aku dah lama tak update blog. oke. hampir sebulan jugak lah kan? masih ingat siapa aku ? oke aku sedar aku bukannye famous macam yuyu zulaikha , maria elena , ben asshari ape semua. oke fine. eh tetibe.?

baru baru nie aku dapat result uitm yang melayakkan aku untuk berpraktikal kat hopital ampang selama 3 bulan. alhamdulillah.. syukur pada nikmat yang diberi.. sudah lama aku tunggu saat nie.oh ya kiranya dalam tempoh tu aku dengan member yang lain macam dah jadi junior staff nurse jugak la. handle patient sendiri. pass report sendiri.

agak mencabar lah jugak semester nie. makin tinggi pulak tanggungjawab bila kena uruskan patient sendiri.. maklumlah. berurusan dengan orang sakit kan. lewat bagi rawatan sikit je mugkin boleh bagi effect kat patient tu.. contohnya patient boleh hypo ke. boleh collapse ke.. ahh..mintak jauh lah kan. harap harap semuanya oke sepanjang 3 bulan nie. sebabnya aku cuak kalau kalau lah berlaku perkara yang tak diingini berlaku kan...alamak..mintak jauhlah..

rupa rupanya susah jugak kan nak cari rumah sewa kawasan ampang nie.. ingatkan cari kat mudah.com senang nak dapat, rupenya haram...bila dah jumpa rumah nak kena deal dengan ajen lagi.. merumitkan lah. tapi alhamdulillah dah jumpa rumah sewa.. dekat jugak lah dengan hospital. so.. kalau dah terlambat bangun tidur tu boleh lah langkah kaki je..tak payah nak start enjen kereta.. huhu..

tak sabarnya nak pakai baju uniform. tak sabarnya nak masok operation teater. tak sabarnya nak dengar patient cakap "terima kasih". tak sabarnya nak kena marah dengan sister. tak sabarnya nak...oke cukup lah..

p/s : kadang kadang indah khabar dari rupa..